Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin Merasmikan Karnival Penyelidikan PPUM 2023


Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini merasmikan Karnival Penyelidikan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang pertama bagi tahun 2023. Karnival ini menonjolkan kepentingan PPUM bukan hanya sebagai tempat pengajaran dalam bidang perubatan, tetapi juga sebagai pusat kajian dan penyelidikan.

Perubatan hari ini bukan hanya berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit, tetapi juga cabaran-cabaran teknologi dan inovasi. Dato’ Seri Mohamed Khaled menekankan bahawa teknologi canggih seperti AI dan pembelajaran mesin semakin penting dalam bidang perubatan.

Namun, perubahan besar dalam teknologi kini lebih dipacu oleh syarikat teknologi besar daripada universiti. Oleh itu, PPUM mesti berubah dan berkerjasama lebih erat dengan industri.

Dato’ Seri juga menyeru PPUM untuk memberi perhatian kepada kerjasama dengan industri dan menumpukan kajian mereka kepada peningkatan akses dan kualiti perkhidmatan perubatan. Adalah penting bagi semua hasil kajian disebarkan dan dikongsi untuk manfaat masyarakat.

Beliau berharap bahawa semua usaha dan kajian yang dilakukan oleh PPUM akan memberi manfaat kepada masyarakat dan membantu meningkatkan standard pendidikan tinggi di negara kita. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengakhiri ucapannya dengan ucapan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat.


Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top