Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO, melancarkan Majlsi Pelancaran Jentera Perpaduan BN/PH di DUN N.05 Kijang Pengkalan Chepa Kelantan. Kehadiran yang memberangsangkan para penyokong dan ahli parti, memberi keyakinan bahawa jentera perpaduan di kawasan ini bersedia untuk menjayakan calon calon parti dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Beliau menyatakan pentingnya kemenangan dalam DUN N.05 Kijang Pengkalan Chepa bagi kelancaran pembangunan dan perpaduan di negeri Kelantan. Meskipun Pilihan Raya Negeri ini tidak akan mengubah kerajaan pusat, namun kemenangan dalam kerajaan perpaduan di negeri ini akan membuka jalan bagi lebih banyak usaha pembangunan dan kemajuan di peringkat tempatan.
“Kita tidak boleh membiarkan mana-mana negeri tercicir dari arus pembaharuan dan kemajuan. Inilah masanya bagi rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan bermakna bagi negeri ini,” tambahnya.
Pentingnya kesepakatan dan kesepaduan dalam jentera perpaduan BN/PH untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri yang dijadualkan pada 12 Ogos nanti. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli parti dan penyokong diharapkan dapat membawa kemenangan yang gemilang bagi calon calon parti yang dipilih untuk bertanding.
Di samping itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menegaskan komitmen untuk fokus kepada usaha pembangunan setelah pilihan raya berakhir, tanpa mengira hasilnya. Beliau berharap bahawa usaha ini dapat membawa manfaat yang besar kepada masyarakat Kelantan serta mencipta suasana harmoni dan stabil dalam arena politik negeri.
Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong dan ahli parti setempat telah mencerminkan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada parti masing-masing. Dengan keyakinan yang tinggi dan doa semoga berjaya, para hadirin berharap untuk melihat perubahan yang positif dan pembangunan yang pesat dalam masa yang akan datang.