Tahniah kepada DS Azalina Ketua Penerangan UMNO Malaysia atas kejayaan menganjurkan townhall dimana ketiga2 Naib Presiden menjadi ahli panel.
Sesi ini telah mengupas pelbagai perkara yang memberi pencerahan kepada Ketua-Ketua Penerangan 4 peringkat tentang isu-isu semasa khususnya melibatkan UMNO.
Saya telah tekankan bahawa Penerangan UMNO menggalas peranan yang cukup signifikan bagi menyampaikan naratif serta fakta terutamanya berkaitan orang Melayu bagi memulih dan mengembalikan kepercayaan mereka kepada UMNO.
Sesi Townhall seperti ini sangat dialu-dialukan untuk diadakan pada masa akan datang. Ini sebagai inisiatif parti untuk memperkasakan peranan Penerangan UMNO sebagai perhubungan dengan masyarakat.
Turut hadir Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Timb. Presiden UMNO, Naib-Naib Presiden serta Ketua-Ketua Penerangan UMNO seluruh negara.