Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini menghadiri rumah terbuka di 4 lokasi yang berbeza. Pertama selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, beliau menghadiri rumah terbuka Majlis Mesra Ria anjuran Veteran UMNO Johor yang turut dihadir YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Datuk Othman Desa, Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Dato’ Othman Jais, Pengerusi Veteran UMNO Johor, Ketua-Ketua UMNO Bahagian Johor, serta barisan kepimpinan Veteran UMNO Johor.
Seterusnya beliau memenuhi jemputan Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kulai yang turut dihadiri oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta Dato’ Jafni Md Shukor selaku Ketua UMNO Bahagian Kulai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di Dewan Raya Putra, Kulai serta majlis anjuran YB Hairi Md Shah, ADUN Larkin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia di Dewan Taman Perbadanan Islam.
Rumah terakhir beliau kunjungi ialah ke rumah terbuka Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Haji Mohamad Amin di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Turut hadir sama Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Asman Shah bin Abdul Rahman.