UMNO Bahagian Ledang merupakan bahagian pertama di Negeri Johor yang menganjurkan majlis Aidilfitri. Konsep rumah terbuka pada bulan Syawal ini menyaksikan barisan kepimpinan baru yang dipilih dan dilantik termasuklah UMNO Bahagian Ledang
Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin berkata ini adalah masa untuk kita mempertingkat kesepaduan dan kesepakatan bagi merawat dan memperkukuhkan parti termasuk mengenal pasti isu, cabaran, mengorak langkah serta strategi supaya UMNO terus menjadi harapan dan sandaran rakyat khususnya orang Melayu.
Beliau berkata segala perancangan juga hendaklah didokong oleh setiap ahli serta mendapat kerjasama disetiap peringkat akar umbi samada cawangan ataupun bahagian.

“Sempena bulan Syawal yang penuh nikmat ini, saya mendoakan agar segala usaha yang ingin dilaksanakan akan membawa kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang” tambahnya lagi
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Hj. Abdul Rahim bin Talib, Ketua UMNO Bahagian Ledang, barisan kepimpinan UMNO Bahagian Ledang, ketua-ketua UMNO Bahagian Negeri Johor, Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri UMNO, pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.