Semua ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang bersyukur kerana kemenangan Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang, yang merupakan ketua bahagian mereka menang dan kekal sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
Dalam laman rasmi FB beliau,
“Saya menzahirkan ucapan terima kasih sedalamnya atas kepercayaan ahli UMNO untuk saya meneruskan tugas sebagai Naib Presiden.
la adalah suatu pertanggungjawaban dan bukan sama sekali kemegahan.
Insyallah akan saya lunaskan amanah tersebut dengan memberi keutamaan kepada mengembalikan semula perpaduan dalam parti. Masa berpolitik telah berakhir.
Telah tiba masa untuk semua bertaut kembali sebagai keluarga besar yang saling bahu membahu demi mengembalikan UMNO ke persada kepercayaan bangsa Melayu.
Sempena kedatangan Ramadhan yang kareem dan Mubarak ini, sangatlah elok untuk kita kembali mengukuhkan persahabatan kita demi UMNO, bangsa dan Islam.
Segala khilaf semasa kempen pemilihan, mari kita lupakan dan saling maafkan.
Era baru dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat Ramadhan yang menyeru untuk kita menyucikan diri dan kembali ke jalan rohani.
Insyallah kita mulakan dengan mengikhlaskan diri untuk memulih, merawat dan membangunkan semula UMNO.”