Jawatan Ketua Bahagian Dan Timbalan Ketua Bahagian Menang Tanpa Bertanding

PASIR GUDANG – Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian secara automatik dimenangi oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin manakala Jawatan bagi Timbalan Ketua UMNO pula dimenangi oleh YB Baharudin bin Mohamed Taib.

Keputusan terbabit berdasarkan jawatan yang dibuka tidak diisi oleh mana-mana calon bagi kedudukan no 1 dan no 2 dalam bahagian itu sehingga tarikh tutup pada jam 5 petang 25 Februari lalu.

 Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin apabila diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh Ahli UMNO Pasir Gudang dengan sentiasa terbuka menerima teguran ketika menjawat jawatan ketua bahagian.

Jawatan Timbalan pula merupakan penggal kedua disandang oleh YB Baharudin bin Mohamed Taib sejak tahun 2018.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top