Menghadiri wawancara eksklusif bersama UMNO Online di bilik Johor, PWTC KL.
Pelbagai soalan yang diajukan berkenaan keadaan semasa dan hala tuju UMNO selepas ini. Meskipun kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, langkah segera perlu diambil untuk merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO.
Saya tekankan bahawa UMNO perlu menguasai media sosial dalam menposisikan UMNO dalam landskap politik Malaysia moden serta menangkis naratif yang salah terhadap UMNO. UMNO perlu mencari jalan mendekatkan diri dengan golongan muda yang merupakan penyumbang terbesar kepada pilihan raya akan datang.
Bagi saya ubat yang paling penting untuk UMNO ialah kesatuan dan kesepakatan. Parti yang sakit tidak boleh dibenarkan berpecah. Parti yang sakit mesti diubati dengan gembelingan semua, bukan kepuakan dan kabilah yang bersengketa. Semua ini harus kita uruskan dengan matang dan berfikiran jauh.
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia