Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO dari semua lapisan dan di pelbagai peringkat kerana komitmen, sumbangan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi merekalah hari ini UMNO dapat menyambut ulangtahunnya yang ke 76, dan menyambutnya dalam keadaan UMNO masih kekal, segar dan berdaya tahan.
Mereka semua inilah, disaat UMNO di atas dan berkuasa, disaat UMNO jatuh dan hilang segala-galanya, mereka kekal sebagai pendukung kuat parti ini.
Adalah diharapkan mereka sentiasa dalam perlindungan Allah SWT agar dapat terus menyumbang dan menjadi nadi kepada UMNO ini.
Ameen.