Kampung Senibong : Antara Pengorbanan Dan Kesetiaan

gambar oleh sydnzm

Bermula 1 Mei 2017, Kampung Senibong yang diteroka lebih 100 tahun lalu akan berubah wajah. Tidak lama lagi kita akan saksikan terbinanya pangsapuri pencakar langit di situ, ia lengkap dan moden persis bandar persisir pantai popular dunia seperti Sydney atau Melbourne, Australia.

Adakah Pantai Senibong yang sebelum ini terkenal sebagai pusat makanan laut dan ternakan kupang hanya akan tinggal sejarah?

Mungkinkah Pantai Senibong akan menerima nasib yang sama dengan Pantai Lido yang terus bertukar landskap dan nama menjadi ‘Danga Bay’ kononnya lebih komersial?

Hakikatnya Senibong adalah sebuah kampung persisir pantai yang terpaksa dikorbankan bagi memberi laluan kepada pembangunan bandaraya Johor Bahru.

Semalam YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Semula dan Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Kampung Senibong.

Di situ beliau mengumumkan penduduk kampung akan menerima ganti rugi dalam bentuk kediaman teres dua tingkat bernilai RM300,000 pada harga RM25,000 seunit.

Menurut Khaled keputusan berkenaan adalah hasil rundingan dan persetujuan bersama penduduk kampung, pemaju dan kerajaan negeri.

Nyata dalam membuat keputusan membabitkan rakyat Johor, Khaled tidak pernah lupa menjaga kebajikan rakyatnya.

Senibong akan dikekalkan sebagai pusat makanan laut tetapi lebih cantik, moden dan tersusun.

Keadaan ini berbeza dengan negeri di bawah pentadbiran pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor yang sangat bijak menindas dan merampas!

Kerana pembangunan di Johor berpegang kepada konsep ‘win-win situation’..antara kesetiaan- pembelaan-pengorbanan, rakyat dan kerajaan saling memerlukan, saling bergantungan antara satu sama lain.

Di Johor kerajaan akan memastikan setiap pembangunan perkampungan setinggan mestilah menyediakan penempatan baru kepada penduduk yang terlibat dengan persetujuan kedua-dua pihak (penduduk dan pemaju)

Dalam hal ini, penduduk di Kampung Senibong ditawarkan sebuah rumah teres dipenempatan baru berdekatan dan tidak melibatkan perpindahan pengundi.

Mengikut rekod PRU13, kawasan yang terletak di Dun Permas adalah kawasan Menteri Besar, walaupun menang namun majoritinya tidaklah membanggakan bagi sebuah kawasan seorang Menteri Besar.

Sokongan padu daripada orang-orang Melayu tidak pernah mengecewakan. Inilah yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu Kampung Senibong kepada calon-calon UMNO/BN sejak dahulu lagi.

Dan sesungguhnya menjadi tanggungjawab wakil rakyat kawasan itu untuk bertindak sebagai pembela ketika diperlukan.

Dalam situasi ini 100 keluarga asal peneroka Kampung Senibong telah bersetuju untuk berpindah dipenempatan baru yang bakal dibina oleh pemaju. Mereka ditawarkan rumah teres berharga RM300,000 seunit tetapi penduduk yang terlibat hanya perlu membayar RM25,000 sahaja.

Projek ini dijangka akan siap menjelang tahun 2019. Suatu tawaran yang menakjubkan!

Semoga harapan penduduk untuk tinggal dirumah batu dua tingkat di kawasan yang lebih tersusun dengan segala kemudahan menjadi kenyataan.
Situasi ini pernah berlaku terhadap 260 penduduk di Kampung Melayu Pandan di mana 4 tahun yang lalu pernah diberikan tawaran yang serupa, namun impian mereka hanya menjadi mimpi.

Namun atas nama ‘rakyat didahulukan’ dan ‘janji ditepati’ Khaled Nordin yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang juga Menteri Besar Johor dengan tegas menarik semula pegangan saham pemaju swasta yang telah mungkir janji ini.

Kerana kegagalan mereka telah merosakkan reputasi parti, hingga timbul berbagai persepsi buruk di kalangan penduduk.

Pemaju berkenaan terpaksa akur dan tanah Kampung Melayu Pandan telah diserahkan sepenuhnya kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebuah syarikat kerajaan Johor yang dipengerusikan sendiri oleh MBJ. Demi sebuah janji Khaled mengarahkan KPRJ mengkaji semula permohonan asal penduduk melalui UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Berkat kesabaran serta kesetiaan kepada parti yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Melayu Pandan akhirnya kerajaan melalui syarikatnya iaitu KPRJ telah bersetuju untuk memberikan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Melayu Pandan.
Setelah tapisan dilakukan ke atas semua permohonan, seramai 197 orang penduduk layak diberi hak milik tanah. Antara kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon mestilah peneroka asal kelahiran Johor dan sentiasa memberi komitmen yang baik dalam hal-hal kemasyarakatan juga dipertimbangkan.

Tanggal 21 Mei 2017 nanti akan terlakar satu lagi sejarah di mana berakhirnya segala penantian penduduk Kg Melayu Pandan, mereka akan diberikan hak milik tanah dan Kg Melayu Pandan akan menjadi perkampungan Melayu dalam bandar.

Sementara penduduk Kg Senibong pula akan diberikan sijil layak menduduki untuk sebuah penempatan baru tidak jauh daripada penempatan asal mereka. Segala jasa dan budi serta kesetiaan para pengundi setinggan terhadap UMNO/BN di Parlimen Pasir Gudang di bawah pemantauan UMNO Bahagian Pasir Gudang sentiasa terbela dan diberi perhatian.

PRU datang lagi,terus menuntut kesetiaanmu untuk memastikan UMNO/BN terus menjadi wadah perjuanganmu.Jangan sekali-kali cuba berubah kelak Melayu yang akan menerima padah !!!

Semoga bertemu lagi pada penulisan akan datang…

TUN MUTAHIR

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top