Kenyataan Balas Menjawab Kenyataan DAP Johor Di Dalam Portal Malaysiakini

1. Kenyataan yang diutarakan oleh saudara Mahdzir Ibrahim pada hari ini berkenaan “MB Johor dan gimik – gimiknya”, dengan jelas membuktikan bahawa DAP Johor semakin terdesak untuk meraih perhatian rakyat di negeri ini.

2. Artikel beliau yang dimuatnaik di dalam portal Malaysiakini hari ini, hanyalah satu lagi aksi publisiti murahan yang dirancang dan direka bagi mengalih perhatian orang ramai terhadap isu moral yang melanda kepimpinan DAP Malaysia, sejurus tularnya isu Dyana dan Zairil.

3. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah dinyatakan oleh Mahdzir Ibrahim, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi melalui kenyataan tersebut.

4. Kenyataan beliau yang menyatakan bahawa lawatan MB Johor ke parlimen-parlimen adalah sebagai satu persiapan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), adalah dangkal sama sekali. Lawatan ke kawasan-kawasan ini telah pun dijalankan semenjak 2 tahun lepas, ianya bermula dengan daerah dan disusuli dengan lawatan – lawatan ke parlimen di Negeri Johor.

5. Lawatan seumpama ini bukanlah gimik politik sepertimana yang dituduh oleh saudara Mahdzir, tetapi ianya adalah satu pendekatan yang realis dan bertindak sebagai “quick wins” di dalam menyelesaikan permasalah setempat. Sesungguhnya ianya tampil lebih berimpak tinggi jika dibandingkan dengan khidmat wakil rakyat pembangkang yang hanya seperti ‘tin kosong’ sekadar bercakap tetapi tiada sebarang penyelesaian yang dilakukan.

6. Pada tahun lepas, Kerajaan negeri telah pun menggariskan lima strategi utama bagi memodenkan sistem perkhidmatan dan penyampaian pihak berkuasa tempatan (PBT), ia adalah bagi menjadikan perkhidmatan kerajaan negeri kepada masyarakat berjalan lebih cekap dan lancar. Ini menunjukkan bahawa DAP Johor tidak pernah ambil peduli dan jahil terhadap perkembangan serta inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri terhadap rakyat di Negeri Johor.

7. DAP Johor perlu tahu, bahawa setiap inisiatif dan perlaksanaan yang dilakukan ada tempoh matangnya, laluan Bas Muafakat Johor masih dalam tempoh ujikaji, dan sekiranya laluan tersebut mendapat sambutan yang kurang, ianya akan ditukar ke laluan yang lain dan bergantung kepada permintaan, untuk makluman saudara, ianya adalah perkara biasa.

8. Kenyataan Mahdzir Ibrahim yang mengatakan bahawa Bas Muafakat Johor ini tidak memberi impak maksimum adalah satu kenyataan kosong yang tidak didasari dengan fakta, jika ianya tidak memberi apa-apa kesan, manakan rakyat Johor sendiri yang mahukan perkhidmatannya diperluaskan ke seluruh negeri. Saya juga percaya bahawa ianya jauh lebih berkesan impaknya berbanding Bas Selangorku yang Azmin Ali sendiri akur terdapat masalah di dalam melaksanakannya.

15. Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh, berhentilah bercakap soal orang, kalau DAP sendiri pun tidak pernah betul.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor
19 April 2017

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top