BUKIT DAHLIA, 4 FEB 2017 – YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin sangat menitik beratkan soal pendidikan bagi pelajar sekolah terutama anak-anak yang bersekolah diperingkat sekolah rendah.
“Sekolah rendah merupakan pendidikan yang penting kerana disinilah keperibadian anak-anak kita mula dibentuk.”
“Kita sudah pun melatih kira-kira 40 orang guru dan akan melatih ramai lagi supaya mereka dapat mengajar dengan cara yang lebih menarik kepada murid-murid.
“Kalau anak-anak kita tidak minat kepada mata pelajaran-mata pelajaran STEM ini, kita tidak boleh menjadi negeri yang inovatif” katanya.
Beliau juga turut memberi tahu kepada ibu bapa supaya terlibat secara langsung bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sepatutnya agar dapat menyahut cabaran ekonomi Johor yang semakin pesat.
Tambah beliau, jika Johor ingin terus maju, negeri dan rakyatnya perlu mejadi inovatif dan menguasai STEM adalah salah satu daripada jalannya.
“Kalau kita hendak maju dan berjaya, ekonomi kita mesti besandarkan inovasi. Kita tidak boleh berjaya dengan menjadi negara yang sentiasa meminjam teknologi orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, YAB juga mengumumkan sebuah Sekolah Agama Taman Bukit Dahlia akan dibina bernilai RM4.1 juta di lokasi sebelah SK Taman Bukit Dahlia dan bakal memulakan pembinaannya pada tahun ini. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat PIBG SK Taman Bukit Dahlia pagi tadi.
Selain itu, Peruntukan RM100,000 untuk kerja-kerja infra asas (bumbung tertutup) SK Taman Bukit Dahlia akan disalurkan bagi memastikan keselesaan pelajar-pelajar sekolah tersebut dan sebanyak RM20,000 untuk penyediaan kelas Abad ke-21.