“MEREKA BUAT CARA BETUL”

Kerajaan negeri pertahan tindakan MCA berkaitan isu tanah perkuburan Plentong

PASIR GUDANG – Kerajaan Johor mempertahankan tindakan wakil MCA bagi menyelesaikan isu berkaitandengan tanah perkuburan Plentong yang menjadi kecoh baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan diambil MCA bagio menyelesaikan isu itu disifatkannya sebagai betul berbanding tindakan DAP yang hanya memilih mempengaruhi masyarakat cina.

“Kerajaan negeri tidak akan setuju fasal kawasan tersebut telah sekian lama menjadi kubur Tiong Hua . Jadi, nampak benar pembangkang ini tidak ada isu.

“Cara MCA itu betul walaupun nampak macam tak dapat sokongan tapi mereka buat cara betul dengan memaklumkan terlebih dahulu, hantar surat, dan kita akan betulkan,” katanya pada sidang media Majlis Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Yayasan Pasir Gudang di Taman Scientex, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbalahan antara wakil MCA dan DAP isu berkaitan dengan tanah perkuburan Plentong yang dijadualkan ditukar menjadi tapak perkuburan Islam di bawah draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai 2025.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri akui ia merupakan satu kesilapan dan ia akan diperbetulkan. Beliau turut menifatkan pembangkang sebagai ketandusan isu sehinggakan perkara atau kesilapan kecil dijadikan isu politik.

“Benda ini kecil.. agaknya saya batuk sikit pun dijadikan isu politik. Apa jenis politik negara kita ini? Kita telah merdeka begitu lama. Semua orang mesti bersanka baik. Tapi tengok macam semua tak betul. Jadi bila kita nak bersangka baik antara satu sama lain? Tak ada sangka baik masalahnya. Semua benda buat semua tak betul. Saya tak fikir negara boleh maju kalau macam itu.” katanya.

Terdahulu media melaporkan pertelingkahan yang berlaku antara pihak MCA dan DAP di sebuah kedai kopi selepas selesai taklimat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Plentong.

Taklimat diadakan bagi menyelesaikan isu berkaitan tanah perkuburan Plentong yang dijadualkan ditukar menjadi tapak perkuburan Islam di bawah draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai 2025.

Dalam sesi berkenaan, ADUN Johor Jaya, Liow Chai Tung dijemput hadir bersama ADUN Senai, Wong Shu Qi dan ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong, Keadaan menjadi hangat apabila wakil MCA membidas wakil rakyat DAP sehingga berlaku perebutan mikrofon selain menimbulkan kemarahan beberapa penduduk kampung. – Sinar Harian

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top