ZIARAH, SUMBANGAN YAYASAN PASIR GUDANG

20 Oktober 2016 – Ziarah Yayasan Pasir Gudang yang diketuai oleh En Azleen Ambros, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG ke rumah En Karim Ahmad di Taman Desa Rakyat Perdana.

Ziarah ini ingin melihat keadaan anak sulungnya, adik Nur Aqma Syaizwa yang akan menjalani pembedahan kaki akibat mengalami kemalangan jalan raya. Dikesempatan ini, Tn Hj Mahmuddin Mispan, Ahli Majlis, menghulurkan sumbangan dari YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang kepada En Karim sekeluarga dan berharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggungnya.

Terima kasih juga kepada Jawatankuasa Penduduk Setempat yang turut ikut serta pada zairah ini.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top