Jangan Pandang Ringan Penubuhan Parti Pribumi Bersatu

27 OGOS, PASIR GUDANG – “Jangan memandang ringan terhadap penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia” kata Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Parti baharu tersebut diwujudkan demi melihat kekalahan UMNO serta Barisan Nasional.

“Kita (UMNO dan BN) mahu kuasa dan kita yakin kita boleh majukan rakyat tetapi matlamat Pribumi bukan itu. Pribumi kata kalau tidak menang pun tidak mengapa, maknaya, parti itu tidak ada perancangan.

“Bagaimana Pribumi hendak majukan rakyat dan negara dan ini jelas matlamat parti itu hanya hendak lihat UMNO kalah sahaja,” katanya.

“Kita juga tidak boleh terlalu yakin terhadap kemenangan kerana perkara ini akan menyebabkan kita kalah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Utama UniKL Seri Alam sebentar tadi.

Menurut pengamatan beliau, parti baharu itu bukan membawa perjuangan rakyat atau falsafah alternatif.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Dato Hjh Normala Abdul Samad.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top