Taman Air Biru 20 Ogos 2016 – Program Search & Destroy Aedes anjuran PDM Taman Air Biru, PDM Pelabuhan Pasir Gudang dan PDM PKENJ dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Combi 710 telah diadakan bertempat di kawasan hotspot demam denggi iaitu di Perjiranan 8, 9 dan 10. Ia meliputi kawasan perumahan kosong dan kawasan belakang rumah yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Menurut Ahli Majlis Zon Air Biru, Tn Hj A Rahim Bin A Latiff program ini anjuran kali pertama bg peringkat Zon Air Biru. Dan beliau bersyukur penduduk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membenteras penularan wabak denggi di komuniti mereka. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin masyarakat yang membantu menggerakkan program ini. Program berakhir jam 12 tghari.