100 JEMAAH HAJI PARLIMEN PASIR GUDANG DI RAI

TAMAN RINTING, 7 OGOS – YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor meraikan 100 bakal haji Parlimen Pasir Gudang. Majlis diadakan di tingkat 3, Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Beliau mengingatkan para jemaah supaya menjaga adab dan tingkah laku ketika menunaikan haji selain sentiasa menjaga kesihatan agar dapat menunaikan ibadah tersebut dengan tenang dan sempurna.

Selain itu, YAB Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada bakal haji yang akan bertolak mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji.

Turut hadir YB Puan Hjh Normala Binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang, Tn Hj Abdullah bin Abd Rahman Timb. Ketua UMNO Bahagian, Hj Rahim bin Latif Naib Ketua UMNO Bahagian dan Hj Azman Jaafar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top