YDP MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG hadir di Majlis Perjumpaan Hari Raya dan Majlis Meraikan Jemaah Haji peringkat Jawatankuasa Zon Air Biru di Pasir Gudang.
Hadir sama YB Hajah Normala Binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Tn Haji A. Rahim Bin A. Latiff, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru merangkap Naib Ketua UMNO BHGN PASIR GUDANG dan pemimpin-pemimpin setempat.
Menurut kenyataan Ketua Pemuda UMNO Caw Perj 9, Saudara Mohd Shafie Bin Saat, program ini pertama kali dibuat di Taman Air Biru melibatkan keseluruhan NGO dan kerjasama UMNO Cawangan-cawangan dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan keseluruhan jemputan mencecah 600 orang. Ini merupakan sesuatu di luar jangkaan pihak penganjur. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan sokongan dari kepimpinan wanita-wanita berhampiran.
Menurut pengunjung yg hadir di majlis berkenaan Saudara Muhamad Hairee Bin Harun, beliau berasa gembira hadir ke majlis ini kerana dapat bermesra dengan masyarakat di dalam kawasan Air Biru dan para pemimpin masyarakat yg hadir pada majlis ini. Saya berharap program sebegini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.