KPRJ TAJA ZIARAH SUMBANGAN PDM PANDAN

PANDAN, 21 JUN – Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang yang disampaikan Oleh En Khatim bin Othman, Pengerusi PDM Pandan mewakil YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Seramai 15 orang penerima terdiri daripada golongan asnaf yang uzur dan kurang berkemampuan di dalam Kampung Melayu Pandan tersebut dibantu bagi meringankan bebanan mereka ketika menyambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

Menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sudah menjadi tradisi parti UMNO sejak zaman berzaman terutama menjelang bulan yang mulia ini. Sumbangan tersebut ditaja oleh pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor ( KPRJ )

Turut hadir Pengerusi Masjid serta imam Masjid Kg Melayu Pandan, Ketua cawangan dan penyelaras Pemuda PDM Pandan Saudara Hafis Abduh.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top