24 APRIL 2016 – Seramai 300 orang penerima BR1M di Parlimen Pasir Gudang hadir bagi menerima voucher di Pejabat Parlimen di sini.
Menurut Chor min seng, 52, dia sangat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana peka terhadap peningkatan kos sara hidup yang makin mencabar.
YB Hajjah Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan negara kita sudah muflis.
“Kalau kerajaan muflis, macam mana kerajaan Barisan Nasional mampu untuk beri bantuan kepada rakyat.”
“Dengan ini, saya berharap anda tahu apa yang perlu dibuat pada pilihan raya yang akan datang,” katanya.
Bagi penerima di bawah kategori individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM400.
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.