JANGAN GANGGU KESTABILAN POLITIK YANG TEGAP KUKUH DI NEGERI JOHOR INI – DYMM SULTAN JOHOR

Img-20160414-Wa0004

DYMM Sultan Johor hari ini berkenan  berangkat merasmikan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan Johor.

Baginda Sultan Johor bertitah serta menzahirkan kepercayaan penuh terhadap  Menteri Besarnya, Dato’ Mohamed Khaled Nordin serta barisan kerajaan negeri yang ada di bawah kepimpinannya. Ia turut disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman. Dato’ Mohamed Khaled Nordin bukan sahaja berjaya membawa nama Johor di dalam negara malah di rantau Asia dan dunia.

“Jangan samakan negeri Johor dengan negeri lain. Bangsa Johor itu taat setia kepada agama bangsa dan tanah air. Berani kerana benar, bersatu dalam menghadapi cabaran dan bermuafakat dalam mencari keberkatan.”

“Saya masih percaya dengan menteri besar sekarang dan yakin dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang ada.”

” Saya berharap tiada ahli didalam dewan ini cuba menjadi musuh dalam selimut dan mengganggu kestabilan politik yang tegap kukuh di negeri Johor ini.”

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top