Forest City Iskandar yang sedang kerajaan Johor bangunkan di Gelang Patah (Wilayah Iskandar) merupakan bandar hutan berlapis tiga dimensi yang pertama di dunia. Forest City akan memberi suasana kehidupan yang moden dan selesa seperti impian semua orang.
Bandar ini merupakan empat buah pulau buatan yang berkeluasan hampir 1,500 hektar. Dengan nilai pelaburan mencecah RM170 billion. Pembangunan ini akan memgambil masa selama 20 tahun dan akan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan separuh mahir dan mahir hingga tahum 2035.
Projek Forest City ini adalah idea baru yang mesra alam serta menyajikan kehidupan moden di kawasan pulau pintar. Ia di katakan mesra alam bukan hanya kerana wujud hutan di tenga Bandarnya tapi hutan paya bakau kedua terbesar di dunia di sekelilingnya juga tetap tterpelihara dan dikekalkan.
Apabila siap kelak, Forest City ini akan mempunya tiga lapisan. Lapisan pertama adalah laluan trafic yang terancang. Lapisan kedua pula adalah bandar hutan yang bebas kereta. Manakala lapisan ketiga bangunan-bangunan yang di hubungkan menggunakan elevated rail transit sistem.
Rakyat Johor juga akan mendapat manfaat melalui projek ini kerana Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) merupakan pememgang saham kedua terbesar bagi projek ini. Dan ia juga akan memberi lebih kurang 100,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor bila siap di bina.
Dan ketika perasmiannya di lakukan pada 6 Mac 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Forest City adalah kawasan bebas cukai (Free Duty Zone). Perkara ini telah di saksikan sendiri DYMM Sultan Johor yang turut hadir pada majlis
berkenaan.
Jadi rakyat Johor tidak perlu risau dan percaya dengan laporan negatif dari portal pembangkang mengenai projek Forest City ini. Sudah semestinya kerajaan Johor akan lakukan yang terbaik untuk bangsa Johor. Akhir sekali ‘ Johor Tetap Johor’.
#KhaledMyMB
#MuafakatJohor