JOHOR BAHRU: Apa yang dilakukan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti amat menyedihkan seluruh ahli UMNO Johor.
YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, memberitahu perjuangan seharusnya berteraskan pada parti dan bukan kerana sesorang sehingga sanggup meninggalkan parti.
“Apa-apa tindakan keluar UMNO adalah satu yang sangat tidak menggembirakan pada UMNO Johor apatah lagi membabitkan pemimpin besar dan berjasa seperti Tun Mahathir.
“Saya percaya tindakan itu tidak menyelesaikan masalah kerana sewajarnya jika percaya pada perjuangan, kita perlu yakin pada UMNO walaupun kita tidak suka,” kata Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
YAB ditemui pada sidang media selepas menghadiri program Exco Awayday di Persada Johor di sini, hari ini.