TRADISI MEMBELA RAKYAT DI KG RUMAH 10

20160112_210020

20160112_210627

20160112_210451

KG RUMAH 10, 12 JANUARI 2016 – Seramai 120 org penerima notis 5A telah mendapat hak dan status pemilikan tanah yang sah setelah hampir 40 tahun mereka berjuang mendapatkan hak tersebut. Sebuah majlis kesyukuran telah diadakan pada 12 Jan 2016 jam 9 malam sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan atas apa yang telah mereka perjuangkan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Haji Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas. Dalam ucapan beliau juga, MB mengucapkan terima kasih atas kesabaran penduduk dalam memberi sokongan dan tidak pernah berputus asa menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

Sebagai Menteri Besar Johor dan juga wakil rakyat setempat, kerajaan negeri sedia membantu penduduk Kg Rumah 10 dari segi penyediaan kemudahan asas seperti dewan raya, gelanggang futsal dan sebagainya untuk memberi keselesaan serta daya saing seperti kawasan taman perumahan yang berada di sekeliling kampung.

Sesungguhnya, tradisi membela rakyat ini menjadi amalan kebajikan UMNO yang selalu mengutamakan kesejahteraan penduduk setempat.

“Muafakat Johor”
“Sejahtera Pasir Gudang”

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top