AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG SENTIASA BERSAMA MASYARAKAT: PIBG SMKTR2

Pada 10 Jan 2016, telah berlangsung Mesyuarat PIBG SMK Taman Rinting 2 bertempat di Dewan Utama pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hajjah Normala Bt Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang. Selain perasmian mesyuarat bagi membincangkan permasalahan dan halatuju Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Rinting 2 untuk pembangunan sekolah yang lebih mapan, YB juga telah menyampaikan Sijil Penghargaan Watikah Perlantikan kepada Pengurus-Pengurus Pusat Tuisyen Komuniti SMK Taman Rinting 2.

Sesungguhnya, permuafakatan antara wakil rakyat bersama pemimpin setempat serta masyarakat umumnya seperti ini telah menjadikan persekitaran yang lebih sejahtera dan aman damai dalam menghadapi pelbagai permasalahan.

#MuafakatJohor
#MuafakatPasirGudang
#SejahteraPasirGudang

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top