Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diwakili salah seorang pegawai biro tersebut telah menziarahi serta memberi sumbangan kepada Encik Abdul Razak Bin Ismail di Flat Taman Cendana yang menghidap sakit kencing manis. Pihak UMNO Bahagian Pasir Gudang juga meneliti segala aspek bantuan yang boleh diberikan secara bulanan daripada pihak yang berkenaan. Semoga Encik Abdul Razak dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan kuat melawan penyakit yang sedang dihadapi.
SUMBANGAN BIRO KEBAJIKAN UMNO PASIR GUDANG
Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest