Biro latihan UMNO Pasir gudang telah menganjurkan seminar dengan kerjasama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia yang bertajuk Daulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat Islam di Pasir Gudang tentang ancaman luar. Seramai lebih 200 orang peserta yang hadir dan memberi tumpuan penuh tentang isu yang disampaikan.
