Program Keusahawanan Belia Muda Pasir Gudang
Yayasan Pasir Gudang mencari 100 orang usahawan belia muda untuk ditingkat dan dikembangkan potensi mereka untuk mampu bersaing seterusnya berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Melalui program ini, mereka akan dibimbing, diajarkan teknik dan strategi pemasaran dalam internet yang betul bagi melengkapkan diri mereka dengan nilai dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi usahawan berjaya.
Maklumat lanjut sila layari www.ypg.dropcash.my
Azleen Ambros
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pasir Gudang