Bantuan pendidikan untuk pelajar merupakan satu inisiatif yang baik untuk manfaat ahli koperasi dan masyarakat. Penyampaian bantuan pendidikan untuk pelajar koperasi dan kupon makanan koperasi Warisan Kampung Senibong telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Penyampaian bantuan diberikan beliau merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Kg Senibong Johor Bahru Berhad untuk kali ke-4 di Restoran Asam Pedas dan Seafood semalam.
Sumbangan bantuan pendidikan dan kupon makanan kepada pelajar ini juga merupakan inisiatif pihak Koperasi Warisan Kg. Senibong untuk memberi manfaat kepada para ahlinya.
Penubuhan koperasi ini juga bukan sahaja menjadi instrumen ekonomi malah koperasi ini juga menjadi instrumen kebajikan dan pendidikan kepada ahli dan masyrakat umumnya.