Ringgit Susut: Johor Bantu Anak Negeri Belajar Di Mesir Dan Jordan

Yb

Kerajaan negeri Johor memberi bantuan tambahan ‘one-off berjumlah RM2.5 juta kepada pelajar dari negeri ini yang menuntut di Mesir dan Jordan berikutan nilai Ringgit yang menyusut ketika ini

Bantuan membabitkan 389 pelajar tajaan Majlis Agama Islam Johor. Dermasiswa berjumlah RM3,000 diberikan kepada pelajar Pengajian Islam di Mesir manakala RM5,000 kepada pelajar Pengajian Islam di Jordan. Sebanyak RM10,000 pula diberikan kepada pelajar perubatan di kedua-dua negara tersebut sebagai tambahan kepada pinjaman pelajaran sedia ada mereka

Bantuan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima pelajar Pengajian Islam di Mesir dan Jordan ialah masing-masing sebanyak RM9,000 dan RM13,000 seorang. Bagi pelajar perubatan, mereka menerima pinjaman pelajaran berjumlah RM40,000 seorang

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top