Di sini, Lahirlah Jalur Gemilang Kebanggan Kita.

 

 

 

 

Bendera yang kita namakan Jalur Gemilang sekarang ini, telah diilhamkan dan direka oleh seorang anak Johor. Namanya En Mohammad bin Hamzah, seorang arkitek di Jabatan Kerjaraya Johor.

Lihatlah pengaruh Johor. Di Johorlah terdirinya negeri Melayu moden yang pertama. Di Johorlah gerakan kemerdekaan dimulakan. Di Johorlah penubuhan parti politik Melayu yang pertama tercetus sebelum merebak ke seluruh negara. Menjadi satu gelombang kebangkitan yang besar dan bermakna dan sejarah menunjukkan, anak Johor jugalah yang mengilhamkan simbol paling penting iaitu Jalur Gemilang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top