MAJLIS MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI BAHAGIAN PASIR GUDANG.

11895081_891280604242414_6195180384733019569_O

 

 

 

Seramai 88 orang bakal haji di zon Parlimen Pasir Gudang yang hadir pada majlis perjumpaan bersama YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Cendana pada 18 Ogos 2015 jam 8.30 malam.

Dalam majlis ini, YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin menekankan tiga perkara penting iaitu:

Pertama, soal haji dan umrah atau kesempatan ke Tanah Haram, tidak pernah berkait dengan wang, kedudukan, pangkat dan masa.

Kedua, ibadah haji adalah satu-satunya ibadah yang amat menuntut pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah awal Islam dan sirah para anbiya.

Dan sebab ketiga kenapa ibadah haji adalah ibadah yang istimewa adalah kerana kod etika dan syarat pemakaian yang ketat.

Dalam ucapan penutup YAB, beliau menekankan agar para jemaah dapat menjalani ibadah dengan penuh penghayatan dan mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top