Imbasan Bulletin- Johor Negeri Pertama Memetakan Jalan Kampung Secara Digital

Johor mencipta sejarah sebagai negeri pertama di negara ini yang memetakan jalan kampung di seluruh negeri secara digital, dalam usaha meningkatkan dan penyelenggaraan jalan.Usaha itu membabitkan jarak keseluruhan 5,000 kilometer dan akan dilaksana dengan aplikasi berasaskan teknologi geoinformasi yang bakal dibangunkan Infra Desa Johor Sdn Bhd (IDJSB) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Aplikasi mengemas kini rangkaian jalan ini dibuat secara digital berbanding dahulu yang dilaksanakan secara manual dan memudahkan kerja menaik taraf serta memantau penyelenggaraan jalan di kawasan kampung berkenaan.Proses pencarian serta semakan jalan kampung secara konvensional mengambil masa yang lama menyebabkan usaha mengemas kini maklumat terbatas.Aplikasi pemetaan itu dapat mengoptimumkan masa kerja serta mekanisme yang efisien bagi penyelenggaraan dan mengemas kini maklumat jalan kampung di negeri ini.

Sumber: Jauhar

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top