Alhamdulillah, kini menjadi tanggungjawab sosial Johor menerusi Jcorp dengan menaja penerbitan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan untuk melihat tulisan Jawi terus wujud, relevan dan tidak luput ditelan zaman.
Utusan Melayu Mingguan akan diedarkan kepada 262 buah sekolah menengah di seluruh negeri, kaunter pejabat kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan sebagai bahan bacaan di masjid.
Johor sinonim dengan penggunaan Jawi terutama didalam kitab kitab sekolah agama. Saya mahu anak anak Johor boleh membaca Jawi, jika boleh baca Jawi insyaAllah boleh baca Alquran.
Menteri Besar Johor