11 jun 2014 : Today market, syarikat Toms Optical telah membantu seorang pelajar oku yang sedang menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara dan akan menduduki peperiksaan pada bulan ini. Pelajar tersebut menghadapi sedikit kekurangan keupayaan fizikal dan secara langsung telah menghadkan pergerakan beliau.
Oleh itu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang serta kerjasama antara syarikat Toms Optical pengurusnya saudara Rohaizadrassdian bin Mohamed telah turut serta membantu meringankan beban adik Muhamad Saffid Roslan dengan memberi cermin mata berkanta.
Saudara Rohaizadrassdian dalam penyerahan tersebut berkata’ Sudah menjadi tugas kepada saya sebagai seorang muslim dan melayu dengan membantu bangsa saya dalam kehidupan harian. Kesenangan yang di miliki pada hari ini adalah milik Allah SWT. sekaligus ianya sebagai satu tanggungjawab peribadi saya serta syarikat Toms Optical dalam menjalankan perniagaan cermin mata. Katanya’