Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem pendaftaran dalam talian bagi perumahan mampu milik dan kos rendah untuk memudahkan perancangan pembangunan projek perumahan itu pada masa akan datang dijangka mula digunakan pada pertengahan tahun hadapan dan pelaksanaannya nanti membolehkan kerajaan negeri merancang projek perumahan berdasarkan kepada keperluan sebenar mengikut kawasan.
Melalui sistem pendaftaran ini, kerajaan negeri akan dapat melihat kawasan mana yang memerlukannya dan kita tidak mahu membangunkan projek perumahan ini di sesebuah kawasan sahaja, sebagai contoh kita buat di Tebrau, nanti ramai orang terpaksa berpindah ke sini dan tinggal jauh dari tempat kerja mereka. Kaedah ini juga membolehkan kita merancang dengan lebih teliti bagi memastikan bekalan tidak melebihi permintaan kerana perkara itu akan menyusahkan pihak pemaju perumahan yang terlibat. Ini juga merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam mencapai sasaran setinggan sifar di atas tanah kerajaan dalam tempoh lima tahun.
http://www.pr1ma.my/register.php