KUALA LUMPUR 2 Jan: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan hari ini meninjau empat sekolah di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut bersempena pembukaan sesi persekolahan 2014 di seluruh negara hari ini.
Sekolah Kebangsaan Presint 14(1) Putrajaya menjadi sekolah pertama lawatan Muhyiddin yang tiba pada kira-kira pukul 9 pagi.
Sejurus selesai, Muhyiddin kemudian meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel di Kampung Pandan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Pandan.
Lawatan Muhyiddin diakhiri di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Setapak.
Pada lawatan tersebut selain melihat kelancaran hari pertama persekolahan sesi 2014 yang bermula hari ini, Muhyiddin turut meninjau aspek kemajuan pendidikan dan fasiliti di sekolah-sekolah berkenaan. (UTUSAN ONLINE)