Pasir Gudang 31 Dis : Majlis Bacaan Qasidah dan Cinta Rasul telah berlangsung di Masjid Al-Azim Bandar Baru Permas Jaya. Majlis tersebut di rasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Normala binti Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Majlis di serikan bersama bacaan qasidah serta ceramah semaian rasa cinta akan rasul, program yang berunsurkan islam ini menjadi satu amalan pada setiap tahun bagi masyarakat islam seluruh pasir gudang, meskipun sambutan tahun baru ini berlangsung di sekitar kawasan Johor Bahru. Namun masyarakat di sini tetap memilih cara muhasabah diri dengan kecirian islam dalam kehidupan seharian.