Pemuda Johor sepakat tubuh Sekretariat Bertindak Sukarelawan Pemuda UMNO Johor

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Johor sepakat menubuhkan Sekretariat Bertindak Sukarelawan Pemuda Umno Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang kini melanda negeri itu, sekali gus meringankan beban mereka.

Ketuanya, Hahasrin Hashim, berkata sekteriat itu akan menjalinkan kerjasama dengan sukarelawan mahasiswa dan mahasisiwi beberapa universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti TunHussein Onn Malaysia (UTHM).sejajar dengan kepekaan dan keinsafan terhadap masalah rakyat dan sebagai memperkasakan khidmat bakti

“Kita akan ke Sekijang dan Segamat esok untuk menyampaikan bantuan dan mendengar permasalahan mereka dan mungkin kami akan buat tindakan susulan sebagai contoh terlibat dalam kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa kaedah bantuan yang akan dilaksanakan oleh seketeriat itu iaitu membantu kerja-kerja di pusat pemindahan, bantuan ubat-ubatan dan keperluan lain serta bantuan membersihkan kawasan rumah-rumah mangsa banjir.

Katanya lagi, penubuhan seketeriat itu juga diharap dapat menyuburkan budaya sukarelawan di kalangan generasi muda terhadap golongan yang memerlukan.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top