..."/>

Penyerahan Dana RM100,000 Bagi Tabung Pembinaan Surau Al-falah

Pasir Gudang 8 Jan : Majlis penyerahan dana pembinaan Surau Al-Falah bagi membantu meringankan beban UMNO Cawangan Taman Rinting 3 dalam mendirikan rumah Allah tersebut. Dana sebanyak RM 100,000 di serahkan oleh YAB, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, penyerahan ini di saksikan oleh penduduk di sekitar Jalan Gelam dan juga Jalan Geharu Taman Rinting.

Sepanjang majlis berlangsung, YAB memberikan peluang kepada penduduk yang hadir untuk melaporkan sebarang permasalahan yang boleh beliau bantu. Cadangan seperti pembukaan lorong jalan yang baru bagi menghubungkan perumahan rakyat di sekitar itu di kaji semula kerana lorong-lorong tikus sering di gunakan oleh pengguna jalanraya sehingga melibatkan kemalangan di antara penduduk serta pengguna jalanraya. Isu keselamatan juga di bangkitkan oleh kaum ibu, kerana kejadian rompakan serta pecah rumah sering terjadi kebelakangan ini oleh itu penduduk di sini meminta sokongan YAB bagi membantu menubuhkan sukarelawan KRT di kawasan perumahan ini.

YAB Dato’ akan mengambil tindakan segera bagi membantu penduduk di sini agar kebajikan dan keselesaan penduduk terjamin kerana kawasan perumahan Taman Rinting adalah kawasan strategik yang berada di tengah-tengah kepesatan kemajuan pembangunan industri.

One Comment;

  1. Johan said:

    Syabas. semoga penduduk disitu dapat memakmurkan surau tersebut. Amin

Comments are closed.

Top