..."/>

MAJLIS KESYUKURAN MERAIKAN PEMBERIAN NOTIS 5A KG SRI BAHAGIA

20151106_214120

20151106_214047

20151106_213752

Majlis kesyukuran meraikan pemberian notis 5A kg. Sri Bahagia telah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Menteri Besar Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 6 November 2015 jam 8 malam di Balairaya Kg Sri Bahagia.

Di dalam ucapan beliau, YAB mengucapkan setinggi tinggi tahniah kerana berkat kesabaran orang kampung dalam memperjuangkan hak milik tanah akhirnya tercapai. Ini juga hasil sokongan dan kepercayaan mereka terhadap UMNO untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Atas sebab itu, kerajaan juga telah memberi subsidi kepada seramai 101 pemohon dengan mengenakan 10 peratus sahaja nilai tanah dari harga pasaran yang dikenakan. Di akhir ucapan YAB Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, beliau berharap orang kampung tidak menjual semula tanah kepada pihak yang ingin membeli. Hargailah perjuangan yang telah lama diperjuangkan untuk sampai ke tahap pemilikan.

Top