Sumbangan Khas Menteri Pertahanan untuk Masjid dan Surau di Parlimen Pasir Gudang

PASIR GUDANG 21 Mac – Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, turut menyumbang kepada masjid dan surau di Parlimen Pasir Gudang dalam bulan Ramadan 2024 tahun ini.

Sebanyak 25 buah masjid serta 74 buah surau sekitar Parlimen Pasir Gudang menerima sumbangan khas ini, yang terletak di DUN Johor Jaya dan DUN Permas. Di DUN Johor Jaya terdapat 9 buah masjid serta 36 buah surau, manakala di DUN Permas terdapat 16 buah masjid dan 38 buah surau menerima sumbangan khas daripada Menteri Pertahanan.

Program ini dilaksanakan di Masjid Bandar Seri Alam dan Masjid Al-Muhajirin Masai, dan disampaikan oleh penggerak masjid DUN masing-masing. Sumbangan ini akan digunakan untuk membantu program-program bulan Ramadan seperti berbuka puasa bersama, majlis bacaan Al-Quran, dan sedekah.

Program bulan Ramadan ini dijangka mengimarahkan lagi semangat keagamaan dan silaturrahim di kalangan penduduk kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Semoga sumbangan ini dapat mengimarahkan lagi program-program bulan Ramadan bagi manfaat penduduk kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top