Penerangan UMNO Malaysia dan Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms) akan melancarkan satu program podcast baharu yang dinamakan ‘Hitam, Putih, Kelabu’. Program ini akan diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Program podcast ini bertujuan untuk ‘membedah siasat’ dan membincangkan isu-isu semasa secara terbuka dan mendalam. Ia akan dikendalikan oleh pakar-pakar yang berpengetahuan luas dalam bidang berkaitan. Program ini diadakan untuk memberikan ruang kepada pakar dan orang awam yang tidak mempunyai kepentingan politik untuk memberikan pandangan mereka mengenai isu-isu semasa negara.
Program ‘Hitam, Putih, Kelabu’ ini akan mengundang pelbagai pihak untuk memberikan pandangan, terutamanya pakar dari pelbagai bidang seperti undang-undang, pelajar, profesional muda, peguam dan sebagainya. Program ini bertujuan untuk mendengar suara rakyat, walaupun ia dianjurkan oleh sebuah parti politik.
Azalina menyatakan fokus utama program ini adalah untuk berkomunikasi dan mendengar pandangan dari semua lapisan masyarakat. Ia akan membuat ‘reverse’ iaitu dengan mendengar pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum ahli politik memberikan pandangan. Ahli politik perlu menilai sama ada isu itu hitam putih atau kelabu berdasarkan pandangan rakyat dan pakar.
Program podcast ini tidak terhad kepada ahli UMNO sahaja, tetapi menggalakkan mereka mendengar dan memberikan pandangan. Ia akan disiarkan selama 10 episod yang meliputi isu politik, sosial dan ekonomi. Orang awam juga boleh menyertai program ini secara atas talian.
Disusun oleh,
Indraputra Bin Hj Ibrahim
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang
Rujukan : Penerangan UMNO Laksana Bedah Siasat Isu Menerusi Podcast ‘Hitam, Putih, Kelabu’ – Azalina