KPT Terima Kunjungan Delegasi PETRONAS dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Kementerian Pendidikan Tinggi menerima kunjungan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan delegasi PETRONAS. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh serta meningkatkan lagi kerjasama yang sedia ada antara kedua dua pihak dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Dalam pertemuan tersebut, PETRONAS turut membentangkan cadangan program barunya yang dikenali sebagai Pendidikan Jurutera Bersepadu (Integrated Engineer). Program inovatif ini bertujuan untuk menangani keperluan pekerjaan masa depan dalam industri teknologi. Pendidikan Jurutera Bersepadu menyediakan pendidikan holistik kepada para pelajar, memperkukuhkan kemahiran teknikal dan keupayaan insaniah mereka.

Kpt Terima Kunjungan Delegasi Petronas Dan Universiti Teknologi Petronas (Utp) - Berita
KPT Terima Kunjungan Delegasi PETRONAS dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) - 4, UMNOPG

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, meminta PETRONAS agar meneroka dan memperkenalkan “apprenticeship programme” dimana Program ini akan membekalkan pelajar dengan pengetahuan praktikal dan pengalaman kerja yang relevan, yang boleh dijadikan asas untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Diharapkan kerjasama antara PETRONAS dan UTP akan terus berkembang dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan inovasi. Langkah-langkah ini diambil untuk memastikan rakyat Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam industri teknologi dan kejuruteraan

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top