Perbincangan dan rundingan antara UMNO dan Pas menerusi mesyuarat yang berlangsung pada Rabu membuktikan hubungan kedua-dua parti Melayu itu masih erat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan, ia bertentangan dengan persepsi luar bahawa Muafakat Nasional (MN) semakin retak.
Menurutnya, sebaliknya, UMNO dan Pas terus komited memperkukuhkan gagasan MN.
“Ini merupakan mesyuarat berkala kerana malam ini kita ada mesyuarat Jawatankuasa Perunding… dan ini adalah cerminan betapa eratnya hubungan antara UMNO dan Pas yang sehingga kini masih lagi mendukung dan sentiasa berusaha mengukuhkan MN.
“Walaupun macam-macam yang diperkatakan di luar sana, sebenarnya hubungan kami masih ada dan masih diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato Onn, PWTC pada Rabu.
Khaled juga pengerusi tetap Jawatankuasa Teknikal MN selesai bermesyuarat yang dipengerusikan bersama Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad.
sumber : maruahmelayu.com