Pengugurannya jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meruntun hati banyak pihak, ramai yang meratapi nasib pemimpin yang mereka kagumi seakan dianiaya ketua sendiri demi cuba memperjuangkan nasib rakyat kononnya.
Akan tetapi apabila dia yang bernama Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berdiri dipentas yang sama dengan musuh ketatnya selama ini…dan dia mula bersekongkol dengan pembangkang yang kaya dengan fitnah, ramai mula tersedar bahawa mantan pemimpin yang mereka agungkan ini adalah seorang artis yang bijak berlakon disebalik topeng perjuangan.
Sebagai ahli politik matang, Tan Sri bukan sekadar pandai berlakon tapi juga seorang ‘businesman’ yang licik memperdagangkan tanah-tanah di Johor ketika negeri ini dulu masih di bawah pentadbiran beliau.
Kalau tidak pandai berniaga macamana rizab Melayu di Johor boleh meruncing?
Di sini saya perlu tegaskan bahawa ini bukanlah fitnah, juga bukan membuka buka aib orang tapi kenyataan yang perlu pro-Muhyiddin akur!
Amalan dasar terbuka Muhyiddin telah menyebabkan banyak tanah-tanah bandar di Johor terjual kepada syarikat-syarikat asing. Beliau telah merampas banyak kawasan lapang dan perkampungan setinggan Melayu di Johor.
Muhyiddin tidak hirau nasib orang Melayu Johor, dia tidak pernah hendak menghargai keringat dan keperitan mereka yang telah berpenat meneroka dan membina rumah atas titik peluh di atas rizab yang dikhaskan untuk Bangsa Johor!
Mereka bukan menolak pembangunan tetapi hanya mendambakan secebis simpati dan pembelaan daripada Tan Sri Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor daripada tangan-tangan rakus pemaju.
Impak daripada kepimpinan Muhyiddin, kewibawaan parti keramat Melayu ini tercalar.
Sumpah dan doa orang-orang yang pernah dianiayai telah termakbul. Tembelang Muhyiddin sudah pecah, lakonan dia sudah berakhir. Sama ada dikeluarkan atau terkeluar daripada parti yang menjulang perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair itu tidak penting.
Yang pasti dia kini berdiri sama-sama dipentas pembangkang, duduk sebaris dengan Lim Kit Siang dengan satu tujuan iaitu rampas Malaysia!
Setelah rampas dia boleh melakukan apa sahaja mengikut kepentingannya. Boleh juga jadikan Malaysia sepertimana negeri contoh sedia ada iaitu Pulau Pinang. Dia boleh menghina ulama, memperlekehkan laungan azan atau menghapuskan terus rizab Melayu! Dan akhirnya mencabuli kedaulatan raja-raja Melayu!
Kepada orang Johor, marilah sama-sama kita hargai nikmat pembangunan dan keselesaan yang kita kecapi atas sekeping tanah bernama Jauhar ini. Sama-samalah kita menadah tangan untuk mensyukuri nikmat yang diperjuangkan oleh pemimpin kita Khaled Nordin.
Berbanggalah kita memiliki sosok seperti dia yang sentiasa peka dan mendengar suara hati rakyatnya.
Semoga bertemu kita pada penulisan seterusnya nanti…(siri 1)
TUN MUTAHIR