BACK TO SCHOOL ANJURAN PASARAYA ECONSAVE, PERMAS JAYA

PERMAS, 10 Disember 2016 – ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM14,000 kepada 140 orang penerima terdiri daripada penduduk sekitar Permas sempena Program ‘Back To School’ anjuran Pasaraya Econsave, Permas Jaya.

Beliau juga meluangkan masa selama 30 minit bersama ibu bapa dan anak-anak penerima sumbangan tersebut sambil memilihkan mereka barang keperluan persekolahan.

Sumbangan berupa baucar Econsave bernilai RM100 bagi setiap keluarga itu adalah sebagai persediaan bagi ibu bapa untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top