BANDAR MASAI BAKAL MELENGKAPKAN KEPERLUAN PASIR GUDANG

12494852_193077921076236_5864602007053568439_N

MASAI, 2 APRIL 2016 – Bandar Alam Masai dijangka dapat memenuhi keperluan di Pasir Gudang dalam pembangunan bandar satelit itu terutama pembangunan di terminal pengangkutan dan pasar awam. Projek berkeluasan lebih 500 ekar itu bakal mengubah Bandar Masai ke satu tahap yang memenuhi keperluan yang lebih lestari.

Menurut YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Permas merangkap Menteri Besar Johor, ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku sebelum ini.

“Pada tahun ini, pekan Masai dimasukkan dalam Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan kawasan ini dekat dengan MPPG, kalau tidak beri fokus pada Masai, tentu masalah akan melimpah ke seluruh kawasan.

“Kerajaan negeri mahu pembangunan itu tidak hanya berlaku secara ‘bersendiri’, sebaliknya ia turut membantu menyelesaikan masalah setempat.”

Selain itu, beliau berkata pembangunan  bukan hanya melihat pada ‘self contained’ tetapi pembangunan itu seharusnya membantu menyelesaikan masalah seperti lalu lintas dan sebagainya.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Puan Hajah Normala binti Abdul Samad; Pengurus Besar Bandar Alam Masai, Zulkifli Jaafar; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi dan YDP MPPG, Md. Za’nal Misran.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top