26 JANUARI 2016 – Majlis Perasmian Bazar Tahun Baru Cina Dan Jamuan Makan Malam bersama masyarakat Tiong Hua Pasir Gudang telah diadakan dengan jayanya di kawasan lapang Permas Jaya 10/1. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas pada jam 8.00 malam.
Menyedari hakikat negara Malaysia yang berbilang kaum, Menteri Besar telah menyatakan agar kita semua dapat hidup bersama dan bermuafakat dalam mengurus segala permasalahan berbilang bangsa.
Di sesetengah negara, mereka berperang kerana berbeza bangsa dan ada juga yang berperang kerana berbeza fahaman agama.
Berbeza di Malaysia cara mengurus perbezaan ini menggunakan formula permuafakatan agar perbezaan fahaman perkauman dapat diatasi dengan baik.
Bersederhana dan bertolak ansur antara kaum, bertimbang rasa serta bekerjasama antara satu sama lain menjadi elemen penting dalam mewujudkan budaya muafakat johor.
Oleh itu, beliau berpesan agar tidak terperangkap lebih2 lagi soal politik untuk mendapatkan kuasa dengan memainkan isu-isu perkauman. YAB Dato’ Mohamed Khaled percaya masyarakat Tiong Hua khususnya di Pasir Gudang menyokong muafakat dan dasar kerajaan negeri Johor.
Dalam ucapan beliau juga, beliau sentiasa menyokong permintaan dan harapan rakyat Johor.
Oleh yang demikian, peruntukan sebanyak RM 2 juta telah diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang berada di Johor.
YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin berharap agar terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada. Perancangan dan usaha untuk pertumbuhan negeri Johor telah dibuktikan dengan pencapaian pertumbuhan ekonomi dengan tahap kemiskinan paling rendah.
Sesungguhnya, Johor berkemajuan dari keseluruhan aspek.
#MuafakatJohor