MIC Bahagian Pasir Gudang telah menganjurkan Bazar Deepavali di Permas Jaya bagi memberi peluang kepada kepada masyarakat india setempat untuk menjana kewangan menjelang sambutan perayaan Deepavali yang akan datang tidak lama lagi. Ia bukan sahaja dapat menjana kewangan bagi usahawan tetapi ia juga memudahkan masyarakat india untuk mendapatkan barang keperluan bagi menyambut perayaan. Sebagai parti pemerintah yang prihatin, pihak kerajaan negeri bukan sahaja memberi tumpuan kepada masyarakat India pada menjelangnya perayaan Deepavali malah kerajaan negeri juga menitik beratkan soal pendidikan dan kesihatan menerusi parti MIC untuk menjaga kebajikan masyarakt India.
Dalam keadaan negeri Johor yang sedang pesat membangun masyarakat India perlulah merebut segala peluang yang ada terutama dalam sektor keushawanan. Di dalam bajet 2016, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 250 juta menerusi tekun dan SME Bank. MIC Bahagian Pasir Gudang perlulah memainkan peranan untuk menyalurkan kepada masrakat India yang amat berminat untuk berniaga.
Bersempena dengan Pelancaran Bazar Deepavali ini juga seramai 450 orang yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan dan seramai 423 terdiri daripada masyarakat India dan selebihnya daripada masyarakat melayu dan Tiong Hua. Setiap kali menjelang musim perayaan tidak kira apa kaum akan menerima bantuan dan inilah yang sentiasa ditekankan oleh Kerajaan Negeri Johor di atas nama Muafakat Johor.